Walaupun di Malaysia
ada orang menggelarnya 'Bapak Kafir' tapi kematiannya diumumkan di
Masjid Nabawi Madinah
Subuh yang sayu tanpa Tok Guru
Mohd Firdaus Madzlan
Subuh pagi yang sangat sayu di Masjid Pulau Melaka tanpa Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat (TGNA)
Seusai solat subuh yang diimamkan oleh Ustaz Nik Omar... beliau
meneruskan dengan tazkirah subuh sabtu yang selalunya disampaikan oleh
TGNA sebelum ini..
"Puluhan ribu yang ziarah ayah semalam disini semuanya doakan kebaikan
untuknya. Satu dunia maklum akan berita kematian ayah sehingga dikatakan
kematian ayah diumumkan di Masjid Nabawi Madinah jumaat semalam "
ujarnya yang merupakan anak kedua TGNA
Ustaz Nik Omar berkongsi cerita mengenai kehidupan TGNA yang cukup
serderhana. Tidak banyak harta yang ditinggalkan untuk anak2 kecuali
ilmu dan qudwah
Bila ayah sakit..anak-anak bertanya... ayah sakit apa..jawabnya hanya
"tiada tenaga" sahaja... Itulah semangat TGNA sehinggakan beliau
berhasrat turun banjir tempoh hari walaupun dalam keadaan tidak sihat.
Sangat menyentuh hati ini..bila ust nik omar sebut "Tiada benda dalam
dunia yang paling manis bagi TGNA kecuali hanyalah PERJUANGAN nya " tak
pernah letih dengannya.. TGNA berjuang sampai mati..
Kelmarin pihak keluarga mohon pihak hospital buat persiapan segera utk
bawa TGNA pulang ke rumah.. Pihak keluarga telah menyediakan satu bilik
khas dalam rumah dengan persedian alat-alat.
ketika nak dibawa pulang TGNA ke rumah jam 8 mlm..Keadaan TGNA sangat
lemah dan masih tidak sedarkan diri tetapi beliau dapat
mendengar..Buktinya mulutnya berkumit2 dan menangis dalam keadaan
matanya terpejam bilamana dimaklumkan malam ini ialah Malam Jumaat...
seolah2 dia tahu dia akan pergi.. Allah ..
Saya bertemu dengan ust nik omar sejurus habis tazkirah.. " Tiada
seorang adik beradik dapat menggantikan tempt TGNA.. sebab satu sifat
hebat yang ada padanya ialah " ISTIQAMAH" -katanya
"Teruskan Istiqamah "
Pulau Melaka
7.30 pagi
14 Feb 2015
ex-pelajar SMUDA Pulau Melaka
Facebook
Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS
Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang
didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0
adalah tanggungjawab agama.
NONEAkhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu
bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang
didakwanya "mengelirukan" rakyat.
"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka
dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.
"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti
politik yang menolak negara Islam," katanya.
Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz
mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat
melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu
melanggar undang-undang.
"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya
tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan
kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.
Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu
bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April
lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".
NONESekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara
dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH
3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang
menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".
Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa
sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta
tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".
Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS
Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan
memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.
Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu
"jelas tidak matang dan bersifat fitnah".
"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah
tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah
terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.
Copy and WIN : http://bit.ly/awakbijak
Copy and WIN : http://bit.ly/awakbijak