Friday, March 13, 2015

Denggi Membawa Maut

 


”Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?”. Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (QS. Al-Baqarah: 26)


Program gotong-royong secara keseluruhan di Taman Seri Nanding bertujuan untuk menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
Program ini diresmikan oleh YB. Tuan Haji Razaly bin Hassan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua. Terdahulu ucaptama oleh YB. Dr. Che Rosli bin Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat.
Diikuti oleh penerangan oleh Pegawai Kesihatan Baru Daerah Hulu Langat, En Zulkifli Musa.
Pukul 8.00 pagi (8.3.2015)Merasmikan Program Gotong Royong Perdana mencegah Denggi di Taman Seri Nanding, Hulu LangatTurut serta Penghulu Mukim Hulu Langat Encik Rafizi Jamro dan Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr. Che Rosli Che Mat


 

Ucapan perasmian oleh YB. Tuan  Haji Razaly Hassan Adun Dusun Tua

 Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat menerangkan kaedah gotong-royong akan diadakan untuk memberi impak besar kepada kesihatan dan kebersihan



"Penduduk yang tidak ikut serta gotong royong cegah denggi akan dianggap bersubahat dan bertanggungjawab atas kes yang melibatkan denggi.



"Rumah mereka akan disiasat dan jika memang terdapat unsur-unsur yang boleh membawa kepada pembiakan denggi, denda RM500 akan dikenakan.

"Arahan baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu disifatkan wajar dicontohi oleh mana-mana agensi kerajaan bagi memastikan penglibatan penduduk setempat dalam aktiviti kemasyarakatan,".

Seperti kata Pegawai Pendidikan kesihatan, Zulkifly Musa, tindakan itu dibuat agar semua penduduk bertanggungjawab atas setiap penyakit berbahaya berjangkit.

“Suka atau tidak, setiap penduduk perlu memastikan kawasan rumah yang didiami bersih dan selamat. Justeru, mereka patut bersama dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong.

"Dengan bantuan ketua kampung, kami dah kenal pasti rumah-rumah penduduk yang menjadi sarang nyamuk audes dan mereka ini semuanya tidak mahu menyertai aktiviti gotong royong yang diadakan," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette pada majlis Gotong Royong Perdana Perangi Denggi di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor pagi tadi.

Penduduk bersama sebahagian pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat yang menyertai program Gotong Royong Perdana di Taman Seri Nanding, Hulu Langat pagi tadi.


Jelasnya, kempen yang diadakan selama 12 minggu berturut-turut itu melibatkan semua kawasan perumahan di Hulu Langat yang terdapat kes denggi.

"Dulu mugkin kita adakan gotong royong setahun sekali tetapi kali ini, kita buat setiap minggu selama 12 minggu dan pada minggu ke 10, kali akan berbasikal di semua kawasan untuk melihat setakat mana penduduk berjaya membersihkan kawasan.

"Gotong royong seperti ini adalah yang pertama kali dilakukan oleh pihak KKM dan ia akan dibuat beterusan selepas ini," ujarnya.

Selangor mencatatkan lebih 14,000 kes denggi yang mana Hulu Langat berada di tempat kedua selepas Petaling Jaya sebagai kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Sebanyak enam kematian dilaporkan dan satu daripadanya melibatkan kawasan Taman Seri Nanding yang kita adakan gotong royong pagi ini.
Selain penduduk, seramai 70 pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat turut menyertai program gotong royong ini sebagai sukarelawan. -