Monday, February 20, 2012

Fasiliti Dewan

Beberapa kemudahan telah disediakan oleh Pihak Pengurusan Dewan Orang-ramai Taman Seri Nanding, Hulu Langat. Antaranya ialah:
Dewan Jamuan kenduri kahwin / Pentas untuk Pelamin

Syarat-syarat dan terma-terma Penyewaan:
  1. Kadar sewaan baru berkuat-kuasa pada 1hb Mac 2012 sebanyak RM450.00. Ini kerana setelah pihak pengurusan mengambil kira kos pengurusan dan kos penyelengaraan bangunan, air, elektrik dan sebagainya.
  2. Penyewa hendaklah membuat tempahan lebih awal bagi mengelak pertindihan dan borang tempahan boleh didapati daripada En. Roslin Abdullah 013-384 3264 dan En. Arieff Jemilus 017-880 1633.
  3. Penyewa hendaklah menjelaskan semua jumlah Sewaan dan Cagaran satu minggu sebelum Majlis berlangsung. Ini adalah untuk mengelak sebarang kesulitan yang bakal berlaku setelah majlis berakhir.
  4. Deposit sebanyak Rm100.00 perlu diserahkan setelah mengisi borang tempahan. Sekiranya tempahan dibatalkan selepas dua (2) bulan ditempah dan disahkan kekosongan, maka wang deposit tersebut tidak akan dipulangkan.
  5. Deposit sampah RM100.00 dikenakan, sekiranya setelah majlis berakhir dengan kebersihan yang memuaskan, wang deposit tersebut akan dikembalikan, sebaliknya ianya akan hangus sekiranya kebersihan dan segala sisa makanan tidak dibersihkan.
  6. Kerja-kerja pemasangan pelamin/pentas hendaklah bermula selepas pukul 3.00 petang hari sabtu dan perlu diselesaikan sebelum jam 12.00 tengahmalam. Kerja-kerja yang berlarutan/berlanjutan melebihi jam 12.00 tengahmalam akan dikenakan caj sebanyak RM30.00 sejam dan seterusnya.


Gambar ini hanyalah perhiasan semata-mata, tiada perkhidmatan untuk membuat banner dan sebagainya.



Tiada perkhidmatan untuk persiapan pelamin dan sebagainya ( Hiasan sahaja)





Setiap sewaan untuk P.A. System dikenakan caj RM100.00


Untuk Pemain-pemain Badminton

Pihak pengurusan Dewan telah melakukan beberapa pembaik-pulihan pada sistem lampu untuk memberikan suasana cahaya yang lebih baik kepada pemain badminton.

Oleh itu pihak pengurusan mengenakan caj sebanyak RM10.00 sejam bagi setiap gelanggang. Caj ini berkuat kuasa pada 1b Mac 2012.